ASSALAMMUALAIKUM......
EM..NIE AR AKU..NAMA AKU MUHD IZZAIDI BIN RUSLAN
AKU SINGLE GI TAU..HU3..
EM..UMUR AKU MUDA GI..
SALAM UKHWAH

salam perjuangan....salam ukhuwah fisabilillah

salam perjuangan....salam ukhuwah fisabilillah

insan istimewa

Andai kau tiada,

Pasti hidupku tak sempurna,
Walau egoku cuba dipertahankan,
namun tak mampu ku lawan Aku harus mengaku,
Aku takkan hidup tanpamu wanita.
Hadirmu membawa sejuta erti,
Buat manusia bergelar lelaki.
Malah,
Adam mengakui,
Keindahan syurga tiada seri,
Tanpa kehadiran seorang isteri,
Dan keranamu Hawa,
Aku bernafas di atas dunia.
Bermula dari kehidupan di syurga,
Kau buat diriku merasa bahagia,
Tak sanggup ku berpisah dengannya,
Walau untuk hidup di dunia.
Biarlah mataku buta,
Daripada melihat akan kehilangannya,
Andai aku kejam padamu,
Maafkanlah aku,
Aku tak sanggup menyakitimu.
Namun harus ku tahu,
Aku tak mahu bertemankan nafsu,
Lantas kau menjadi mangsaku.
Sesaat aku terkaku,
Lantas ku sedar akan kedudukanku,
Yang tak pantas buatmu,
Harus aku membimbingmu,
Agar dapat ku angkat darjatmu.
Namun aku masih belum mampu,
Menjadi yang terbaik buatmu wanita.

mutiara sahabat




Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

dia muhammad

kau masih tersenyum...
mengubat lara..
selindung derita yang kau rasa..
senyuman..
yang mententeramkan
setiap insan yang kebimbangan..

Ahmad,,,itu nam yang tersurat
dalam injil juga taurat
patah lagi al-quran..

dia muhammad..
penutup sekalian nabi
penyampai risalah suci
dia pembela di mahsyar nanti..

walau dicerca
walau di hina..
hatta dihunus pedang kufar durjana.

namun baginda tetap tersenyum
kerna percaya Allah tetap bersamanya

Kumenangis

Kumenangis Untuk Mu Wahai Negeri Yang Damai,
Negeri Tempat Para Syuhada Yang Syahid Oleh Kebrutalan Sang Kafir Zionis,
Negeri Tempat Bocah Intifada Yang Terbunuh Oleh Kebiadaban Israel Bengis,
Negeri Suci Tiga Agama Wahai Baitul Maqdis,

Kumenangis Untukmu Wahai Negeri Yang Damai
Tempat Desingan Peluru Dan Letusan Mortar , Bagai Musik Pengiring Malam
Tempat Curahan Air Mata Dan Darah, Laksana Sungai Yang Mengalir Deras
Tempat Tubuh-Tubuh Berserakan , Hancur Tak Bernyawa
Tempat Setiap Orang Menanti Cemas…Esok Maut Giliran Siapa???

Dimanakah Kalian Yang Selalu Berkobar Tentang Perdamaian Dan Kemanusiaan
Kala Ratusan Mayat Bergelimpangan Memenuhi Jalan-Jalan Gaza
Kala Rintihan Bayi-Bayi Tak Berdosa Menggema Di Gang-Gang Ramalah
Kala Aroma Hangus Tubuh Manusia Membumbung Di Udara Rafah
Kala Israel Terang-Terangan Memperkosa Dan Membumi Hanguskan Palestina Lihat...!
Palestina Bersimbah Darah ....Palestina Sedang Sekarat





anugerah cinta

cinta...
ia satu anugerah..
yang diberi
untuk terus mencintainya
hati akan sedia derita
tanpa ia hadir di jiwa

cinta..
ALLAH yang satu..
ia kekal abadi..
walau siang dimamah senja
walau bintang hilang cahaya
kerana cinta ALLAH
adalah segalanya..

tapi...
dimana letaknya cinta seorang insan.?
hati kecil ini....
sering terdetik
mencari cinta seorng hamba

kutemui kasih RASULULLAH
dia lah cinta ku
dia lah kekasih ilahi
cinta kepadanya...
amat besar ganjarannya..
hingga bulan tak mampu menilainya
hingga langit berhenti bicara..
itulah besarnya cinta..



ALLAH  ADALAH SEGALANYA